


Hentikan soal politik dan fikirlah soal ekonomi....demi untuk Bangsa Malaysia.

siapa yang peduli hidup kami....
Pemimpin Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat disarankan agar dapat melaksanakan satu transformasi baru dalam sistem politik negara demi untuk keutuhan rakyat jelata yang perlukan perhatian segera. Krisis ekonomi global sebenarnya lebih penting untuk ditangani berbanding soal politik yang sudahpun ditentukan oleh rakyat Malaysia pada 8 Mac yang lalu. Apa lagi sebenarnya yang ahli politik hendakkan sekarang?. Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri masing-masing telahpun dibentuk. Rakyat telah pun menjalankan kewajipan untuk memilih kerajaan. Jadi apa lagi sebenarnya yang menjadi masalah kepada kerajaan mahupun pembangkang ?. Tidak Sabarkah untuk menunggu 4 tahun lagi untuk bertarung di padang demokrasi sebenar? Seharusnya tumpuan sekarang ini harus lebih banyak ditumpukan kepada soal pemulihan ekonomi rakyat yang telah pun terjejas teruk akibat ketirisan pemikiran manusia dalam menguruskan ekonomi sejagat. Pihak kerajaan yang dipilih secara muktamad oleh rakyat harus bertanggungjawab memberikan kebajikan kepada semua rakyat tanpa mengira bangsa, agama dan idealogi politik. Mereka harus turun padang melihat segala permasalahan dan kesulitan yang dihadapi oleh rakyat dan bukannya sibuk bermain politik. Sedar atau tidak, keadaan rakyat bawahan kini semakin teruk kerana golongan inilah yang paling banyak menerima kesan ketidakstabilan ekonomi. Situasi golongan ini menunjukkan bahawa mereka tidak menerima langsung manfaat pakej ekonomi yang dibuat oleh kerajaan. Sebagai contohnya, penduduk biasa yang ingin menjual hasil tanaman ke pekan terpaksa membayar tambang yang tinggi apabila menaiki bas dan dalam masa yang sama harga tanaman yang ingin dijual masih rendah walhal harga barangan keperluan harian di kedai pula semakin tinggi. Begitu juga dengan rakyat yang terlibat dengan perladangan komoditi seperti padi, getah dan kelapa sawit yang kini berhadapan dengan peningkatan harga baja yang melampau sedangkan nilai pasaran semasa komoditi ini semakin rendah. Harga bahan-bahan penghasil makanan ini terus meningkat saban hari dan pendapatan petani pula semakin terjejas teruk.
Justeru, keadaan ini tidak harus dibiarkan oleh kerajaan dan pimpinan pembangkang. Bukankah inilah masanya untuk semua pemimpin menunjukkan rasa terima kasih mereka kepada rakyat yang sudahpun memilih mereka dengan menunjukkan komitmen yang tinggi untuk memulihkan keadaan ekonomi yang membebankan rakyat?. Lebih-lebih lagi apabila petunjuk ekonomi semasa masih menunjukkan trend pembangunan ekonomi yang amat perlahan (Laporan dalam Personal Money Jan 2009). Rakyat biasa berpendapat bahawa jika sekiranya semua pemimpin di negara ini dapat berkompromi menggembleng tenaga dan fikiran untuk mengatasi kesulitan ekonomi semasa maka permasalahan rakyat sedikit sebanyak akan dapat dikurangkan.
10 comments:
Ya...sekarang ni ahli-ahli politik kita tak kira dari BN atau Pakatan harus tumpukan perhatian bagaimana menghadapi krisis ekonomi yang semakin menghimpit rakyat. Tak bolehkah mereka duduk bersama membincangkan langkah-langkah pemulihan ekonomi? Ini untuk faedah rakyat juga yang mereka wakili.
kekalutan senario politik kini turut membuat fikiran rakyat kacau. auranya hebat. sehingga ramai golongan intelektual yg peka terpaksa mengulas apa yg berlaku. natijahnya, penulisan yg berkaitan pembinaan insan semakin berkurang. yg rugi anak bangsa kita sendiri. inilah penangan politik. bisa menghanyutkan mereka yg mudah terpedaya dengan gimik-gimik politikus. teruskan menulis!
Hai Kudingking, Inilah yang dikatakan pemimpin-pemimpin negara kita hari ini masih belum matang. Apa salahnya kalau selepas election mereka semua tinggalkan soal idealogi politik dan bekerjasama memajukan negara ini. Ini, mereka saling berhentam dan yang sengsara adalah rakyat biasa.
Hai Umar, terima kasih di atas komen. saya lihat fenomena politik hari ini tidak harus menjadi ikutan bagi bakal pelapis pemimpin. lihatlah apa yang terjadi hari ini. lama-kelamaan rakyat menganggap bahawa orang-orang politik telah menjadi pelawak yang benar-benar berkesan kerana mampu membuatkan rakyat ketawa dengan lawak yang mereka mainkan. Harap ada generasi baru yang benar-benar dapat menjadi pemimpin dalam erti kata yang sebenar sebagai pejuang rakyat.
aik, kakatuk mah sorius noh banar aman. hehe... amu ko kotutun dogo kah? jual mahal kono diri boh, hehe. mingkaso aoku ki. pirono tanaknu kah. tatagon sino ki.. misosombol tokow.
Sabat po om amu akuno kotutun dika aman. landu ensom gima ot gambar nisuang nu dino. hahaha, om iso nogi ot sitaring ku tidino diti. awasi it blog nu dit nabaca ku. misosombol tokou la. piro nogi dika dot tanak?.
Minggarau po magandaa siti biano...
salam sejahtera semua, pada mesyuarat induk pesta kaamatan baru2 ini saya telah mencadangkan pada sidang agar satu pukulan kulintangan dari suku kaum kimaragang diadakan non-stop 24 jam dan dimasukkan ke dalam Malaysian Books Of Record, sila bagi komen dan sokongan dan sila berhubung kepada mantan yb albert adun sebagai pengerusi KDCA daerah KM
david,
tiada entri baru kah? hehe... duo no tanakku toh. elan nu beri, keturunan di aki tumunda kon ha ha ha! bagus juga cadangan ko tu srixon, teruskan. baru kali ini sy nampak srixon yg `sebenar`, hehe... mingkaso oku ki bos.
ps: bila mau menulis dlm SAM? cikgu androd bilang, LULUS sudah itu.
Mikimaap tu aso poh ot entry ku tidino. bukan apa, tapi agak sibuk sikit skrang. Baru-baru ni pun ada kursus 2 minggu berturut-turut. terima kasih kepada semua saudara-saudara yang ada mengunjungi blog saya.
Post a Comment