My Dream

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

Part 2: Meniti Kejayaan


Penghujung tahun 2008 sememangnya membawa erti yang tersendiri bagi diri saya. Ini kerana, saya sekali lagi dapat bertemu dengan En. Loh iaitu individu yang telah saya ceritakan dalam part yang pertama. Kali ini, kami telah bertemu di sebuah restoran di tengah-tengah Bandaraya Kota Kinabalu yang semakin tersergam indah. Seperti biasanya, En. Loh telah pun menunggu saya lebih dulu di restoran itu walaupun kali ini sebenarnya saya datang tepat pada waktu yang dijanjikan. Di dalam restoran itu, kami juga dapat berbual-bual panjang tentang kehidupan sambil menikmati makanan yang ditempah lebih awal oleh beliau. Banyak juga manfaat yang saya terima daripada perbualan kami itu kerana kali ini saya sempat mengetahui latarbelakang keluarga dan kejayaan beliau. Sebenarnya saya sangat bersyukur kepada Tuhan kerana dipertemukan dengan seorang individu yang sangat merendah diri walaupun dirinya lebih daripada orang lain. Daripada apa yang beliau ceritakan, dia dan isterinya bermula dengan berniaga menjual daging secara kecil-kecilan dari tamu ke tamu sekitar awal tahun 80 an. Oleh kerana perniagaannya memerlukan dia berpindah dari satu tempat ke tempat yang lain maka dia menambah satu lagi perniagaan iaitu menjadi pengedar tong gas kerana ketika itu penggunaan tong gas baru sahaja bermula. Beliau menceritakan bahawa dengan cara itu maka sumber pendapatannya telah bertambah kerana dalam masa yang sama beliau menjalankan dua perniagaan yang berbeza. Setelah mengumpulkan modal, maka beliau melebarkan lagi sayap perniagaannya dengan membuka sebuah restoran di Pekan Tamparuli di mana ia masih lagi beroperasi sehingga kini. Di pendekkan cerita, hasil daripada perniagaannya itu maka beliau telah membeli beberapa buah rumah, tanah dan lot-lot kedai di beberapa tempat di Sabah. Beliau juga merupakan pemilik kepada Taman Buaya dan juga Restoran Oriental yang berada di jalan shortcut Sepanggar Tuaran. Begitulah sebahagian kecil daripada kejayaan besar yang diceritakan beliau kepada saya dalam pertemuan itu. Kemungkinan besar masih lagi terdapat kejayaan lain yang tidak sempat kami bualkan. Walaupun begitu, cerita itu sudah cukup memberikan gambaran sebenar tentang beliau dan keluarganya yang sudah menikmati kesenangan hidup hasil daripada jerih payah mereka sendiri pada hari ini. Sebelum kami berpisah beliau juga sempat menasihati supaya jangan mudah berputus asa dalam apa jua yang dilakukan, Beliau berpandangan bahawa kejayaan memang bukan mudah untuk dicapai namun semua orang berpeluang untuk menikmati kejayaan asalkan ada kemahuan yang disertai dengan kebijakan dan kesabaran.

4 comments:

SURUPU said...

Jika dihitung pasir di laut sampai gila pun tidk terkira. Begitulah kejayaan terlalu banyak seklai kejayaan dalam hidup cuma tidak dirasai kerana kebanyakannya tersirat. Surupu manusia tidak sama dan berbeza tetapi anda mempunyai surupu yang unik sekali dan lain dari yang lain. apa pun jangan lupa mereka yang memerlukan.

Sang Kancil said...

Sememangnya setiap yang bernafas dibumi ini mahukan kehidupan yang lebih baik.. itu hanya kemahuan/keinginan tanpa usaha tidak ke mana.. so teruskan usaha anda. anda pasti berjaya... Bagi sang kancil, ingin melihat dunia ini menjadi aman seperti di kerajaan rimba...

Junid Bin Gunsalam said...

den...kalu ko byk info sudah untuk jadi peniaga berjaya jan lupa share dengan sy ar...biar kita sama2 kaya..hahaha
http://n5andek.blogspot.com

David Meja said...

oh. bole ba tu Rozz. Jadi apa lagi, kita cari projek barulah.