My Dream

welcome

Lorem Ipsum is simply dummy text of the printing and typesetting industry. Lorem Ipsum has been the industrys standard dummy text ever since the 1500s, when an unknown printer took a galley of type and scrambled it to make a type specimen book. It has survived not only five centuries, but also the leap into electronic typesetting, remaining essentially unchanged. It was popularised in the 1960s with the release of Letraset sheets containing Lorem Ipsum passages, and more recently with desktop publishing software like Aldus PageMaker including versions of Lorem Ipsum.

MENCARI TITIK PERTEMUAN


Sayugia diumumkan bahawa penubuhan satu lagi wadah perjuangan orang Kimaragang di Malaysia akan bakal dilancarkan sedikit masa lagi. Jawatankuasa Penaja Pertubuhan ini telah pun dibentuk pada 2 Mei 2009 di Tingkat 13, Hotel Services Beta, WP Labuan. Persetujuan untuk menubuhkan persatuan ini adalah susulan kepada gabungan pemikiran orang-orang Kimaragang yang terdiri dari pelbagai latarbelakang yang bersidang di Torong Soko pada 13 Ogos 2008 yang lalu. Nama persatuan yang dimaksudkan ini ialah PERSATUAN KIMARAGANG MALAYSIA.

Dengan tertubuhnya persatuan ini bermakna Bangsa Kimaragang akan mencipta satu lagi sejarah baru iaitu satu-satunya bangsa di Sabah yang kini mempunyai 3 pertubuhan yang sah setakat ini. Antara persatuan yang sedia ada kini ialah PERSATUAN KIMARAGANG BERSATU SABAH (PKBS) yang telah pun wujud sejak 10 tahun yang lalu dan sebuah lagi pertubuhan yang baru dibentuk pada November 2008 iaitu ALUMNI KIMARAGANG. Selain itu, terdapat juga usaha-usaha murni yang sedang dilakukan oleh sekumpulan pejuang Kimaragang yang menggunakan bidang penulisan alam maya(blog) untuk memperjuangkan bangsa. Keunikan kepada semua persatuan ini adalah kesemuanya berpaksikan kepada satu usaha yang sama iaitu memajukan bangsa dalam semua aspek pendidikan, budaya, politik, ekonomi dan sosial. Tahniah, kepada bangsa ini kerana berjaya menyatukan pemikiran-pemikiran jitu untuk mengangkat martabat bangsa meski pun dalam kumpulan yang berbeza.

Berbincang tentang persatuan ini, saya tertarik dengan satu penulisan yang dibuat oleh seorang penulis blog Kimaragang terkenal yang dimuatkan dalam blognya Suara Bangsa. Beliau menyatakan bahawa "wujud gerakan reformasi yang menyeru untuk bersatu tapi konsepnya kurang tepat. Misalnya, mereka mahu buat persatuan tetapi seolah-olah menafikan "kepelbagaian dalam satu kesatuan" yang ditekankan ialah "kepelbagaian menjadi satu dalam kesatuan". Ada pula cendikiawan yang berpendapat bahawa "kepelbagaian itu adalah penghalang kesatuan". Memang ada benarnya tapi lebih banyak yang tidak benar tentang pandangan ini. Lebih parah lagi apabila ada yang berpendapat bahawa kepelbagaian itu menghalang gerakan perjuangan. Entah apa punya perjuangan yang memerlukan semua orang mesti duduk dalam satu persatuan sahaja. Dan entah apa jenis manusia pandai yang tidak boleh kerja, tidak boleh berbakti kalau tidak melalui persatuan. Ingat, iktikad yang silap atau konsep yang kabur, boleh menjadikan kita hilang arah. Hal inilah yang saya lihat menjadi salah satu sebab yang menghalang perjuangan dalam mana-mana bangsa" Itulah pandangan beliau yang telah lama menarik perhatian saya. Sebenarnya saya amat mengagumi pandangan ini kerana telah lama saya membaca, mendengar dan memperhatikan soal kesatuan namun amat kurang hujah yang menyamai pandangan ini bahkan banyak pertikaian berlaku dalam kepelbagaian persatuan atau kumpulan dalam kebanyakan entiti bangsa yang diperjuangkan yang dinyatakan oleh para penulis lain. Saya sendiri mungkin tergolong dalam kelompok manusia yang berfikiran kurang kritikal dalam hal kepelbagaian(banyak persatuan) kerana fikiran saya masih memikirkan kepada soal ketakutan timbulnya perpecahan sesuatu bangsa bila mana terdapat banyak persatuan yang mungkin boleh bersatu dalam suatu hal namun tidak mungkin dalam kebanyakan perkara.

Persepsi saya tentang hal ini adalah seperti sekumpulan manusia yang ingin pergi ke suatu tempat dengan menaiki kapal yang berbeza dan setiap kapal itu pastinya ada nakhoda dan kelasi masing-masing. Destinasi bagi semua kapal tersebut adalah sama namun tidak mungkin kesemua kapal tersebut sampai pada waktu yang sama kerana setiap kapal itu mempunyai kekuatan dan kelemahan masing-masing. Setiap nakhoda kapal pasti mempunyai rancangan tersendiri manakala kelasi-kelasi kapal pula mempunyai pelbagai ragam. Hanya nakhoda yang bijak serta kelasi kelasi kapal yang hebat sahaja yang mampu bertahan melawan ribut dan badai lautan dan akhirnya sampai ke destinasi. Bagi kapal yang lemah segala-galanya pasti akan kecundang di tengah perjalanan. Jadi, dalam hal ini hanya sekelompok sahaja yang selamat manakala yang lainnya gagal diselamatkan walaupun dari satu kumpulan yang sama. Kepelbagaian persatuan bagi satu bangsa juga menimbulkan kebimbangan di dalam fikiran saya bila mana timbulnya persaingan negatif dalam memperjuangkan bangsa. Saya cuba untuk menangkis kebimbangan ini namun naluri hati tetap berbisik bahawa setiap manusia pada hakikatnya adalah berbeda. Tidak mungkin hati dan perasaan setiap orang dapat disatukan. Setiap persatuan pastinya menginginkan pengiktirafan dalam usaha mencapai matlamat yang digariskan. Saya tidak dapat membayangkan jika suatu hari nanti semua persatuan orang kimaragang ini akan menganjurkan Pesta Kaamatan mereka masing-masing demi untuk mencapai matlamat masing-masing. Ketidakpastian di kalangan masyarakat kimaragang sendiri dalam menilai persatuan mana satukah yang sebenarnya mewakili mereka juga pastinya akan timbul. Pimpinan kerajaan juga pastinya akan bingung dan tertanya-tertanya yang mana satukah persatuan sebenar orang kimaragang jika semua persatuan ini nanti masing-masing menuntut sesuatu isu kepada kerajaan.

Justeru, ketika perbincangan untuk menubuhkan sebuah lagi persatuan kimaragang baru-baru ini saya telah memberikan beberapa pandangan yang bertentangan dengan rakan-rakan seperjuangan ketika itu. Saya menyatakan bahawa penubuhan persatuan ini wajar untuk diteliti sedalam-dalamnya terlebih dahulu. Persatuan sedia ada telah pun wujud dan tiada salahnya jika kita menghampiri kepimpinan persatuan ini dan berbincang soal ketuanan bangsa. Memang benar dakwaan sesetengah rakan bahawa persatuan yang ada agak lemah kerana tiada usaha-usaha lain yang diketengahkan selain dari menganjurkan Kaamatan saban tahun. Namun saya melihat kelemahan ini tetap boleh diperbaiki jika setiap kita yang merasakan kelemahan pada persatuan ini melibatkan diri dan menyampaikan idea-idea yang dirasakan boleh mengukuhkan lagi persatuan ini. Jika kita berpandangan bahawa kelemahan persatuan ini kerana pemimpinnya yang tidak berfungsi maka kita seharusnya boleh membuat teguran dengan cara yang profesional atau mempraktikkan amalan demokrasi dalam persatuan dengan cara menawarkan diri untuk bertanding dalam pemilihan pemimpin kerana persatuan ini adalah milik semua dan bukannya eksklusif kepada seseorang individu sahaja.

Bagaimana pun, saya juga merasakan bahawa pendapat yang dinyatakan oleh Suara Bangsa itu ada benarnya. Kepelbagaian persatuan tidak semestinya akan menghalang perjuangan terhadap bangsa ini jika semua nakhoda dan kelasi-kelasi ketiga-tiga persatuan ini atau ada lagi pertambahan suatu masa nanti dapat membulatkan hati dan perjuangan, bersatu dalam kepelbagaian (Unite in Diversity) dan melempar jauh sikap sombong, ego dan saling memburuk-burukkan antara satu dengan lain. Mungkin sudah sampai waktunya kita harus menerima dan membuka minda kita terhadap konsep perjuangan sebegini. Terlintas juga di fikiran saya bahawa lebih banyak persatuan maka lebih banyaklah huguan siou kita dan maka itu tiada lagi alasan mengapa bangsa ini sukar bangkit dari kepompong kesederhanaan berbanding dengan bangsa lain. Adalah diharapkan dengan wujudnya banyak persatuan pada bangsa ini maka suatu hari nanti kita akan menyaksikan berdirinya seorang Menteri yang berbangsa Kimaragang di bumi Malaysia, lahirnya beberapa jutawan Kimaragang di seluruh Nusantara dan wujudnya golongan-golongan profesional Kimaragang yang ada dimana-mana sudut dunia.

Harapanku juga, kepada pejuang-pejuang bangsa yang berjuang di luar lingkungan persatuan agar dapat menyatukan hati nurani yang ikhlas kepada masyarakat ini dengan memberikan sokongan yang tidak berbelah bahagi kepada saf kepimpinan Kimaragang (semua persatuan). Janganlah pula kita asyik menyalahkan persatuan-persatuan ini sahaja jika berlakunya kekurangan tetapi harus meyumbangkan buah fikiran yang dinamik serta berinovasi demi survival bangsa Kimaragang. Marilah kita mencari titik pertemuan yang sebenar (miiso o ginawo) dalam perjuangan membela bangsa tercinta ini. Tekad dan keikhlasan para Kepala Pejuang semua persatuan Kimaragang ini semestinya wajar diazimatkan di dalam hati sanubari masing-masing agar kepentingan bangsa akan dapat mengatasi kepentingan diri. "Sumintor Tokou".

Nota: Tahniah kepada Persatuan Kimaragang Bersatu Sabah (PKBS) kerana berjaya mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) pada 05 Mei 2009 di Torong Soko.









22 comments:

JMimie said...

hi den..1st time sy mengomen di sini..hee..very good entry! Teruskan perjuangan bersatu utk bangsa Kimaragang.

David Meja said...

Thanks MiMie for ur comment,selalu juga sy jengok ko punya blog tu dan bila tengok kamu punya blog macam selalu pula teringat zaman kita sekolah di Tandek dulu.Long time no see..hehe...apapun kita semua mesti berjuang untuk bangsa tercinta ini...

ison said...

Memang tidak salah wujudkan satu lagi persatuan Kimaragang, dan saya berharap pihak yang akan menubuhkan persatuan baru ini telah meneliti sebaik-baiknya dengan menyenaraikan pro dan kontra terhadap penubuhan persatuan baru.

Saya sebenarnya memang berhasrat untuk mengikuti bengkel di Labuan baru2 ini, tetapi saya sangat terikat dengan beberapa tugas dan tanggungjawab.

Saya secara peribadi melihat persatuan yang baru itu nanti tidak begitu nampak pertikaiannya dengan Persatuan Alumni Kimaragang kerana orang2 yang menerajui kedua2 persatuan ini saling mendokong.

Apa yang saya khuatiri ialah pertindihan dengan PKBS. Memang benar banyak kapal dan berbeza nakhoda, menuju ke destinasi yang sama, tetapi bagaimana jika 'kuota' di seberang sana hanya boleh diisi oleh sati perwakilan sahaja? Kapal dan nakhoda yang manakah yang patut mewakili Kimaragang?

Cadangan: Tidak bolehkah PKBS dan Alumni Kimaragang duduk semeja dan berbincang keperluan untuk menubuhkan satu lagi persatuan sebagai penaung kepada keduanya? Ibarat Persatuan baru sebagai persatuan induk dan PKBS mengkhusus kepada kebudayaan, manakala Alumni pula mungkin mengkhusus kepada akademik. Persatuan baru boleh merangka prog untuk pembangunan suku kaum Dusun Kimaragang dalam pelbagai aspek.

David Meja said...

Hi Dr. Ison,

terima kasih dit komen nu. harap-harap pihak-pihak tertentu dapat membaca komen ini dan take notelah sikit2. Penubuhan Persatuan baru ini memang bagus juga kerana ini akan memberikan banyak pilihan kepada orang kita. Apatah lagi kalau kuota di seberang sana amat kurang.

Cuma kita harap-harap tiada pertindihanlah. yang kita takut ini, dek tiada komunikasi antara satu dengan lain maka masing2 jadi hero dlm sesuatu isu nanti next time. Implikasinya, macam ada kem A kem B pula..hehe

kopiwosian..

Pia said...

Tahniah utk 1 lagi cetusan minda yg gah! Mudah2an Gah pada nama gah jualah intipatinya. Melihat pada 'PERSATUAN KIMARAGANG MALAYSIA (PKM)' babbanarko opud ot gama minomungaran tu komoyon osisid aso't marab-arab binubbuk.Nga....waro't nga om amu awi ot nga tuu dapuni-i, apagon naku sumuku po sid PKBS dot mumbal 'mana'ak dot balanja pongoluai om ponginggayo dot 'WALAI' dit nakawa'al mantaad no?'. Mokimap ki tu dati'ai amu kontok ongkenong koluluwodo iti sinurat ku, nga iti nopo diti 'kangkab om tutok' dot winorit. kotoluadan toguumu.

David Meja said...

Hai Pia,

Awasi it cadangan nu diri. Nga, waro e ot masalah tu ka dot PKBS masih poh dot amu terbuka ot keahlian tidino ilo persatuan dilo. Jadi amu kadapat ot tongo kinoruangan dot melibatkan diri silod suang dot persatuan. jadi, iri no tu waro dino ot tongo WALAI2 wagu dot ningkakat la. Harapon nopo tokou dot awasi nopo iti kikiawi untuk dot tulun tokou.

wowosion...

Jedol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jedol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
David Meja said...
This comment has been removed by the author.
David Meja said...
This comment has been removed by the author.
Kimaragang said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jedol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Jedol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ison said...
This comment has been removed by a blog administrator.
David Meja said...
This comment has been removed by the author.
Jedol said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ison said...
This comment has been removed by a blog administrator.
ILLIE said...

David..takai oku poh kah dot email add nu..pokirim oku dot jemputan nu sebagai penulis di SAM. Iti email add ku: logot.logoton@gmail.com

Umar al-Longobi said...

sdr. david,

tahniah atas kupasan yg berjaya membuka minda khususnya pembaca dr kalangan kimaragang. tahniah juga sebab terlibat secara langsung dlm usaha ini.

sy juga byk bersetuju dgn komen prof. jedol, dr. nelson dll. apa yg ingin sy simpulkan adl persatuan itu cuma alat utk merealisasikan matlamat membentuk perpaduan dan menggapai kejayaan di dlm bangsa kita.

kita tidak menginginkanlah disebabkan `alat` itu rosak perpaduan dlm bangsa kita, jauh sekalilah menggapai kejayaan. rakyat kimaragang tidak ramai. masih byk yg kita perlu lakukan. 1 kecelakaan yg besar bg bangsa kita apb perkara `remeh` mcm begini pun kita tidak dapat selesaikan.

tahniah sekali lagi utk sdr & pasukan!

David Meja said...

terima kasih togomo kumaa di Illie. Mai ka rujukon sid email nu it email add ku.

Sdr. umar, saya bersetuju sangat bhw persatuan itu hanyalah alat untuk mencapai matlamat dalam memperjuangkan bangsa.jadi itulah ba, harapan kita agar ada titik persamaan untuk semua ini. marilah kita berjuang bersama-sama dalam landasan yang sama.

thanks

JoE said...

kopitamanan dit pinongitungan nu oi david..sepatutnya org kita yg ada sekola tinggi2 tabango no la AMT kimaragang yg sedia ada dlm apa jg cara..yokoi tu sekola pun skdr cukup2 makan om hanya pandai panjur dot Kaamatan no tarabangon no monuduk iti elo,nga iti manarabang po ka om waro mongoi poh mogintong dit pesta Anjuran Persatuan Nga amu...waro nogi orongou ya dot tubuh persatuan iti om elo pada hal sid biro persatuan nga waro e menjaga bahagian pendidikan dll..nga yokoi nopo ti AMT nokotuo no waro tempu dot apanatan jadi tongo tanak2 wagu no gumanti dagai.terima kasih kumaa dika david kerana berfikiran tanga2dit golongan berpendidikan om sadang2.teruskan berkarya.....

David Meja said...

Terima Kasih Joe.

BERSATU KITA TEGUH, BERCERAI KITA ROBOH....